Bapa penyayang??
7:52 AM | Author: Jariah Agro Farm



Assalamualaikum w.b.t.

Hari-hari yang berlalu sungguh menguji kesabaran dan keimanan aku. Entah macam mana yang akan datang, adakah aku teguh menghadapi ujian-ujian dari-Nya. Entah aku terus mengikut nafsu amarah yang ada ni. Kenapa nak marah pulak? Nnt di akhir artikel ni aku akan citer kan knp aku jd kurang sbr. Benda2 yang menguji kesabaran ni datang bersama dengan masalah2 lain. Walaupun dalam minggu2 kebelakangan ni jiwa aku rasa seronok bila tgk ‘anak2’ membesar dengan sihat. Aii..bila bercakap tentang kambing ni, byk dugaan yang menguji kesabaran aku.. dari mula beternak hingga la skrg…ada je yang xkene..

Baru2 aku ada melawat beberapa kandang disekitar dengan harapan aku dpt belajar sesuatu dari dorang. Perkara yang paling penting aku tanya ialah pemakanan die. Dlm bidang perternakan ni, makanan la yang memainkan peranan paling penting. Dari makanan la kambing blh hidup dgn sihat, dari makanan la kambing juga blh kurus..pelik kan?dah mkn byk pun, still lagi kurus..sebab nutrient dan zat yang tak seimbang..bende ni dah jadi pada aku sendiri. Malah, dari makanan juga kambing boleh sakit..mcm kita jugak la kan..

Kat sini aku nak kongsi sikit cara pemakanan kambing yang diamalkan oleh 2 kandang ni:

1. Kandang ni menjual kambing baka terbaik jamnapari dan anglo Nubian. Cara pemakanan pagi ialah kulit pisang dan dicampur dgn dedak soya hull+goat pallet. Petang bg rumput semata2. Pendek kata, sistem perternakan ni adalah sistem intensif (kurungan). Untuk pengetahuan pembaca, soya hull dan goat pallet adalah sgt mhl kira2 rm 42-45 seguni 50kg. Mksdnya, bila dikira kos makanan utk kambing dia adalah tinggi disebabkan dedak tadi. Petang kira free la sbb makan rumput. (mungkin blh kira kos buruh,kosssss lagi…). Hasilnya, kambing2 dia ni mmg mantap dan besar2, cukup mkn dan nutrient. Mungkin ada sedikit kelemahan yg xperlu aku nyatakan. Jadi mari kita tgk lak kandang yang kedua.

2. Kandang ni dipelihara semata2 utk hobi..xjauh dari kandang aku..ada baka jamnapari dan mungkin sedikit jawarandu. Cara pemakanan die mudah saje..pagi kambing langsung xdiberi makanan kecuali anak2. Dan bila pukul3 cmtu, dia akan lepas kan kambing makan dgn sendiri di kawasan rezab sungai yg dah tertimbus (jadi mcm padang ragut la). Maka, sistem yang diamalkan oleh peternak ni adalah semi-intensif yang mana tidur di kandang, time makan dilepaskan. Walaupun cmtu, kambing2 dia pun cukup besar dan cukup makan serta begitu produktif. Apa yang boleh aku simpulkan, kos makanan die utk 80ekor kambing ni adalah RM0.00…wahhhhhh!!! ini sudah jimat..hehe..


anak yang sihat membesar


Jadi aku pun pikir yang mana patut aku ikut, nak ikut bg dedak, mahal sgt la pulak..duit pun tgh kering kontang ni..kalau setakat nak backup2 boleh la..kalau nak jd kan makanan ruji, botak la kepala..bila bincang2, kami amik keputusan utk lepaskan makan sendiri. Uiiii…nak melatih dia utk makan sendiri punyala payah..dahla kat sebelah kwsn kandang ni ada org racun rumput, jadi nak xnak kne kawal 100% supaya xg ke tmpt racun tu..kalau x,mati la anak2 ambo tu..heh..bak umpama anak2 kecil yang dulunya disuap makan, dan sekarang nak diajar mkn sndiri..maka, anda akan melihat anak anda bkn mkn sebenarnya, sebaliknya bermain2 dgn mknan tu..betul x?org yg dah kawin dan dah ada anak mesti tahu..haaaiii..cmtu la yang terjadi pada aku dlm mggu ni..bila lepas je..melilau dorang berlari2, bermain2, melompat2…aiiii..dah la kelam kabut aku kejar die spy xg tmpt racun..sengal tol la kambing2 ni..xsekolah ke??heh…puas dok hala kan die kat tmpt ragut spy mkn…tp dorang still main2..mkn pun skit2 je..hal ini analogi dgn mendidik anak2 anda nnt..penat…mmg penat!!


kandang showroom


Kalau anda seorang yang tidak sabar, silap2 mmg jiwa amarah tu menguasai diri..same la dgn aku hr ni..xdpt thn sabar dah..kne la penyepak..haha…marah nya la smpi aku tulis artikel ni pun xreda2 lagi..hihi..aiii, bila2 pikir2 balik, apa la dorang tahu? Gelak sendiri dibuatnya..rupenya aku yg sengal dan xsekolah sbb xdpt thn marah..mmg menternak kambing ni mentarbiyah jiwa, kalau anda lulus dengan tarbiyah ni,mesti jadi seorang ayah yang penyayang..heh

Jadi, didik la anak2 anda nnt dgn sabar dan berhikmah, kalau mereka berbuat slh, jgn terus menghukum tetapi pastikan mereka tahu dahulu apa kesalahan mereka dan perbetulkan mereka sebelum mendenda dgn tujuan mendidik. Tapi mendenda anak dgn denda kepada kambing lain la..aku pun bg denda kat kambing2 aku spy esok dorang xlari2 lagi mcm tadi…penat sehh..dengan hrpn esok korang mkn la betul2 bila dpt kuar ye..jgn lari2 main2…mkn! Phm!

Kalau susah sgt, aku ikut je cara mkn kandang pertama tadi..senang..hbs cerita!

MenCARI dan menJADI?
11:18 AM | Author: Jariah Agro Farm
“Saya sedar saya tidaklah sehebat
Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing
saya”,
kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab
itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak
memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”
, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan. Maka jika mahu mendapatkan yang solehah, kurangkan sedikit agenda menCARI si Solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

nukilan ~Anjeruby~
BUKIT GANTANG : MILIK PAS!!
11:13 AM | Author: Jariah Agro Farm


Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860

Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62

Majoriti - 2,789
Pakatan mohon bubar DUN jika Nizar menang
6:11 AM | Author: Jariah Agro Farm

Bukit Gantang - Pakatan Rakyat tetap akan memohon Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kes saman mempertikaikan kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

"Jika Nizar menang kes berhubung pelantikan Nizar, kami tidak akan menunggu lama, keesokan kami akan memohon agar Sultan Perak memberi perkenan membubarkan DUN," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Asmuni Awi.

Katanya ia merupakan ketetapan PAS sementara menanti kes itu yang kini didengar Mahkamah Tinggi.


Nizar, yang dilantik Menteri Besar Perak selepas pilihan raya umum ke-12, turun daripada jawatan itu selepas kerajaan negeri pimpinanannya jatuh ekoran rampasan kuasa yang diketuai oleh Bakal Perdana Menteri.

Dato' Seri Najib yang mengambil alih pentadbiran UMNO Perak menggunakan kuasa dan tipu helah menyebabkan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar PKR dan DAP.


Justeru. Nizar memfailkan kes di mahkamah berhubung kesahihan pelantilan Zambry.


Ketika ditanya sama ada Pakatan Rakyat mempunyai majoriti di DUN, Asmuni berkata, perkara itu tidak timbul manakala Nizar masih merupakan Menteri Besar yang sah untuk berbuat demikian.


Awal bulan ini, Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN bawah pokok selepas tidak dibenarkan memasuki premis DUN


Dalam perkembangan terbaru, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) di sini hari ini menetapkan esok bagi mendengar permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim berkata dalam kes permohonan semakan kehakiman itu, isu pertama yang perlu diputuskan ialah sama ada kebenaran untuk memulakan prosiding tersebut boleh diberikan kepada pihak pemohon, Mohammad Nizar.

Beliau kemudian memerintahkan peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said, bagi pihak Peguam Negara, untuk berhujah mengenai isu itu pada pukul 2.30 petang esok.

Permohonan semakan kehakiman itu telah didengar semula di Mahkamah Tinggi setelah Mahkamah Persekutuan pada 23 Mac lalu menetapkan bahawa isu mengenai takrif Perkara 16 (6) Undang-undang tubuh Negeri Perak perlu didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan perkara itu hanya boleh dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan menerusi rayuan.

Panel lima hakim itu mengarahkan agar kes tersebut dirujuk semula ke Mahkamah Tinggi untuk didengar oleh Hakim Lau Bee Lan, selain turut mengetepikan semua perintah Mahkamah Rayuan pada 20 Mac.

Abdul Aziz, yang baru bertukar hari ini ke mahkamah itu dari Mahkamah Tinggi di Sarawak, merupakan hakim (Mahkamah Tinggi) ketiga yang mendengar kes itu, sebelum Pesuruhjaya Mohamad Ariff Md Yusof, yang telah memutuskan untuk menarik diri, dan Hakim Lau Bee Lan, yang telah mengarahkan supaya kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam prosiding pagi tadi, Kamaluddin memberitahu mahkamah, pihak Peguam Negara akan membantah permohonan Mohammad Nizar untuk mendapatkan kebenaran itu.

"Mahkamah Persekutuan telah meletakkan status quo dalam kes ini, oleh itu jika permohonan ini diteruskan, kami perlu membantah supaya kebenaran (untuk memulakan prosiding) tidak diberikan," katanya yang dipetik agensi Bernama.

"Saya mohon satu penangguhan kerana notis bantahan belum diserahkan lagi, saya perlu masa untuk meneliti alasan (bantahan) pihak Peguam Negara," balas Sulaiman.

"Saya bercadang supaya perbicaraan kes ini dibuat selewat-lewatnya minggu depan. Kalau esok kita boleh mendengar hujahan permohonan mendapatkan kebenaran, hari Jumaat saya boleh berikan keputusan. Jika kebenaran diberikan, perbicaraan boleh dibuat minggu hadapan.

"Saya yakin Datuk Kamaluddin dan tuan Haji Sulaiman mempunyai banyak pengalaman, dan dengan dibantu rakanrakan lain, boleh menjalankan hujahan ini dalam masa satu hari (esok)," kata Abdul Aziz, yang mengarahkan supaya Kamaluddin menyerahkan hujahan bantahan bertulis mereka ke mahkamah dan satu salinan kepada pemohon hari ini.

Pada 13 Feb, Mohammad Nizar, 52, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, memohon diadakan semakan kehakiman bagi mengisytihar dirinya sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan untuk mendapatkan injunksi melarang Zambry daripada melaksanakan tugas sebagai Menteri Besar.

Beliau juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang undang Tubuh Negeri Perak sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:

i) Menteri Besar telah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri;
ii) Tidak berlaku pembubaran dewan;
iii) Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di dewan undangan negeri;
iv) Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.

Mohammad Nizar juga mahu supaya Zambry membuktikan kesahihannya sebagai Menteri Besar.