Secicip Rezeki
10:59 AM | Author: Jariah Agro Farm


12.36malam. Saya baru balik dari berjumpa dengan pembekal kain untuk memenuhi tempahan membuat uniform sukan PASTI. Waktu ini bagi saya awal sekiranya mahu dibandingkan saat saya di UKM dahulu. Pernah dahulu saya pulang ke kolej pukul 3pagi kerana memantau progress pembikinan tshirt. Bagi saya, biarlah hasil yang pelanggan mahu tepat dan memuaskan hati. Saya berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan saya. Pernah juga dahulu saya terpaksa tidur di dalam kereta kerana pintu kolej sudah ditutup. Biasanya kalau pak guard yang rapat dengan saya dan boleh kautim dengan saya, dia akan izinkan saya masuk. Malangnya, masa itu pak guard yang xboleh kautim yang bertugas (kami gelarkan dia sebagai pak guard teksi). Pernah juga saya tidak tidur semalaman kerana bisnes saya ini. Kerana apa? Demi sesuap nasi dan secebis rezeki. Saya perlu untuk mencarinya untuk membolehkan saya terus berdikari tanpa bantuan kewangan dari keluarga.

progression baju custom

Dalam pada rakan-rakan lain leka dibuai mimpi, leka dengan game ‘football manager’ atau ‘euro’nya, leka dengan menonton movie-movie yang baru di ‘download’, saya mencekang mata demi mencari rezeki. Walaupun dalam pengajian, saya tetap menyambil untuk berbisnes kerana keperluan dan minat. Pengajian saya di UKM tidak pernah sekali saya abaikan, dan Alhamdulillah prestasi akademik saya lebih baik daripada rakan-rakan lain. Ada juga yang lebih tinggi dari saya dan berjaya menjawat jawatan tutor di UKM sekarang. Tetapi bezanya, mungkin mereka mempunyai lebih masa untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran manakala saya pula, dengan waktu yang terhad, saya membahagikan masa antara bisnes dan pelajaran. Bila bisnes, fokus saya pada bisnes dan bila ulangkaji fokus saya pada pelajaran. Pujian bagi Allah, saya berjaya mendapat Anugerah Dekan separuh daripada jumlah semester pengajian saya. Walaupun begitu, ini juga menjadi tohmahan dan menjadi bahan perli kerana saya sehingga sekarang masih lagi tidak bekerja dan tiada gaji tetap. Saya hanya tersenyum.


meja study masa belajar dlu

Menceritakan usaha saya dalam bisnes ini banyak sangat dugaan yang perlu ditempuh. Tiada jalan mudah. Sekonyong-konyong saya membawa bungkusan tshirt untuk dihantar ke pelanggan hanya dengan menaiki motor. Bungkusan yang diletakkan di bahagian bakul motor itu sungguh menyesakkan pemanduan sekiranya pemandu tidak mahir. Cuba anda bayangkan, bungkusan yang berisi kira-kira 80-100 helai baju itu parasnya setinggi dagu saya dan saya terpaksa untuk memeluk bungkusan itu sambil mengawal handle motor. Biasanya, sekiranya saya penat memandu, bungkusan itu akan menjadi tempat mendagu sambil membawa motor! Dan dengan bungkusan yang menyesakkan itu ditambah lagi dengan kesesakan lalulintas di KL. Saya terpaksa mencilok untuk teruskan perjalanan. Pengawalan handle pasti akan terlalu sukar dengan hadirnya bungkusan tersebut. Ditambah pula dengan hujan yang lebat pada masa itu…ahhhh….sungguh mencabar..berhujan berpanas sudah menjadi lumrah dan kebiasaan bagi saya dalam bisnes baju ini..hati kecil saya berkata, susahnya mencari secicip rezeki. Mungkin ini keadaannya yang terjadi pada mak ayah untuk membesarkan 8orang anaknya. Sungguh ku menghargai pengorbananmu ayah dan ibu…


Dengan berbisnes semasa pengajian inilah saya dapat menyimpan wang biasiswa daripada digunakan. Mungkin hanya untuk membayar yuran kuliah sahaja. Selebihnya saya simpan. Tidak hairanlah saya mampu untuk membantu abang saya semasa walimahnya dan simpanan saya masih lagi lima angka. Tidak terjejas sama sekali. Bukannya senang itu mencapai tahap itu. Simpanan itu menjadi ‘tiket’ untuk meyakinkan ayah dan ibu saya untuk saya melangkah ke alam keluarga nanti. Dengan wang itu juga saya melabur di dalam bisnes baru sekarang ini. Juga kerana minat dan sunnah. Perjalanan perniagaan saya tidak berhenti setakat ini, tetapi akan datang saya akan menceburkan diri dalam bidang hartanah (mungkin?) dengan bermodalkan pusingan wang keuntungan bidang peternakan ini. Penat jerih, madu dan tuba, manis dan pahit wajib dilalui setiap bisnes. Membina dari pengalaman dan perbaikinya. Ahhh….seronoknya berniaga..


Biarlah tiada tali leher skalipun, biarlah tiada kolar putih yang menghiasi leherku, biarlah tiada kasut hitam berkilat di sarungkan ke kakiku, biarlah tiada seluar hitam bergosok rapi, biarlah tiada kereta mahal bergaya, biarlah tiada jawatan tinggi melangit…namun aku tetap begini..mana tanding seluar lusuhku dengan seluar mereka berjenama ‘D’urban’, mana tanding baju kerjaku yang buruk dengan baju mereka berjenama ‘charlie’, mana tanding but kuningku dengan kasut mereka berjenama ‘crocodile’, mana tanding motor hitam buruk ku dengan kereta MyVi mereka, mana tanding jawatanku di ladang dengan jawatan PROFESIONAL mereka! mana tanding! Mana tanding! Tidak tertanding…! Aku hanya peniaga…peniaga..peternak..mana tanding……..kau dengan keprofesionalmu…aku dengan ketidakprofesionalku..kau pegawai, aku pencacai..kau engineer, aku apa yang ada…kau doktor, aku kerja kotor… kau pensyarah, kerjaku susah…mana tanding dengan mu..

Tapi, jalan rezeki 90% pada berniaga..sabda Junjungan yang mereka lupa..terus lupa….dan terus lupa

Halaqoh kembali
8:23 AM | Author: Jariah Agro Farm

Assalamualaikum wbt

Bismillah..

Semalam saya diwar-warkan yang halaqah g7 akan diadakan kembali pada khamis ni di Bandar Tasik Selatan, tapi malangnya saya tidak dapat hadir kerana pada awalnya saya dijemput ke Indonesia pada Jumaat ini untuk presurvey shipment kambing Jamnapari. Agak kelam kabut sekiranya saya hadir ke usrah tersebut kerana biasanya saya akan overnight di Bandar Tun Razak. Jika terpaksa bermalam di sana, pagi esok nya pasti terkejar-kejar untuk kembali ke Klang dan membuat persiapan ke Indonesia.

Malah, saya juga terpaksa tidak hadir ke meeting projek kelompok Jamnapari Susu di Kluang, Johor kerana tour ke Indonesia ini. Pasti ahli-ahli lain marah kerana saya merupakan commitee konsortium. Namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Allah masih sayangkan hambaNya yang sentiasa mendambakan ilmu dan kerinduan terhadap halaqah. Dia sudah tetapkan yang saya perlu hadir ke halaqah tersebut kerana tour ke Indonesia ditangguhkan. Seorang sahabat saya mempunyai urusan yang lebih penting. Hati kecil saya mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana masih lagi berpeluang untuk hadir walaupun ada sedikit kecewa kerana tour ditangguhkan.

Kenapa pula kita perlu kecewa dengan tetapan Allah?? kan Dia yang lebih mengetahui yang mana lebih baik bagi kita? kan itu tanda kasih sayangNya terhadap kita? masih memberi peluang untuk berhalaqah...hati-hati yang sentiasa menginginkan ilmu dan biah solehah dapat berkumpul dan bertaut demi mengingatiNya. Maka ikatkanlah hati-hati ini supaya terus mencintaiMu dan agamaMu. Kekalkan lah hati-hati ini supaya teguh di jalanMu untuk menegakkan syariatMu. Hindarkan lah hati-hati ini dari segala maksiat supaya apa yang dimatlamatkan mencapai sasarannya. Tundukkan lah pandangan hati-hati ini dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa. Jangan cintakan ku pada duniawi.

Apa yang cuba saya lakukan sekarang adalah, walaupun sesibuk mana saya dengan kerja dunia atau perniagaan saya, namun halaqah dan majlis ilmu tidakkan ku tinggalkan..demi menjaga hati ini dari gelap kembali, maka sinarilah ia dengan sinaran ilmu dan peringatan..semoga Allah memberi semangat untukku beristiqamah dengan apa yg ku lakukan ini.

p/s: dua hari lagi nak usrah ni, surah muzammil xhafal lagi weh...
Halaqoh yang ku rindui
7:56 AM | Author: Jariah Agro Farm

Gelap hati tanpa pengisian rohani yang mentarbiyah jiwa. Saya rasa hati ni kosong tanpa majlis2 ilmu. Aiiii…mungkin kesibukan dunia yang melalaikan, ni blm lagi ada komitmen kerja yang menimbun, dan komitmen2 lain yang mungkin menambahkan lagi ke’bizi’an sedia ada. Tapi rasanya kerja sendiri macam saya ni lagi banyak kerja berbanding kerja makan gaji..xkerja, xde duit..kalau makan gaji, kerja ke xkerja ke..gaji tetap masyuk..dan mungkin ini lah penyebab saya jarang hadiri halaqah atau usrah yang dijalankan oleh muslimin g7 di Bandar Tasik Selatan. Walaupun usrah g7 itu hanya diadakan 2minggu sekali (tapi, dah lama xde kan?), namun komitmen dan kesungguhan utk hadirinya masih lagi pudar. Mungkin juga faktor jarak yang agak ketara menyebabkan halangan utk hadir. Ya, itu hanyalah alasan semata-mata. Kalau iman ni kuat, jauh mana pun, saya tetap hadir utk timba ilmu dan diberi peringatan. Sebab utamanya adalah IMAN YANG LEMAH. Ya Allah, kuatkan la imanku..

Kerinduan terhadap halaqah saya cuba padamkan dengan mencari majlis2 ilmu di masjid kampung saya (Shah Alam). Tapi malangnya, masjid di Sungai Kandis sunyi sepi dari majlis2 ilmu seperti yang diharapkan. Ahhh…kecewanya saya. Bukan nak salahkan sesiapa, tapi hakikatnya ialah AJK masjid kampung saya tidak (boleh dikatakan GAGAL) dapat menyediakan juadah2 dan hidangan santapan rohani yang kami harapkan. Rata-rata penduduk kampung sememangnya kecewa dengan pengurusan masjid. Alasannya ialah masjid bukan utk berpolitik..ape ni? Kami nak belajar dan mendengar tazkirah la wak (panggilan nazir masjid), bukan nak berpolitik. Ianya berbeza sekali dengan pengurusan masjid beberapa tahun lalu yang padat dan sendat dengan mjlis ilmu dan tazkirah yang dipengerusikan oleh pakcik saya. Sampai masa AJK-AJK masjid bertukar, pakcik saya difitnah oleh orang-orang ‘merah’ (AMNO ke?) dan diturunkan dari jawatannya. Sekarang, kita lihat masjid diuruskan dengan tidak professional dan sepi dari majlis ilmu. Orang-orang merah ni memang kepala nya jumud. Masjid bukan hanya utk solat je wak..banyak lagi yang boleh dibuat. (Wak nazir ni confirm la org merah)


Itu cerita di masjid kampung saya, cerita hakiki yang terjadi. Jadi, saya dengan inisiatif sendiri mencari majlis2 ilmu di kawasan kariah sebelah (Teluk Menegon). Kira-kira 4km dari kariah masjid saya. Ada masjid juga, tapi sunyi juga…aiii..cmne ni..saya teruskan perjalanan lagi. Dengan kesejukan dingin malam, saya meranduk kesesakan jalan dengan menaiki motor kriss hitam kesayangan saya. Berbaju melayu, berkain pelekat dan berkopiah saya tidak menghiraukan arahan kerajaan utk memakai helmet bila dijalan raya. Apatah lagi saya menunggang menentang arus lalulintas. Polis xde malam2 kan. Ada juga yang memandang sinis, “pakai kain pelekat je naik motor?” mungkin itu yang mereka perkatakan. “Peduli apa aku”. Dengan hati kering, itulah yang akan saya menjawab pada mereka. Tak jauh dari masjid Teluk Menegon, sayup-sayup saya kedengaran suara dari corong pembesar suara. Dan, Alhamdulillah..akhirnya saya terjumpa surau yang ada majlis ilmu, lantas saya melulu masuk ke perkarangan surau tersebut, parking dan duduk bersama2 jemaah disitu. Ustaz Mohd Kamal dengan kitab La Tahzan. Saya semat baik-baik segala apa isi dan ilmu yang diberikan oleh ustaz tersebut di kotak memori saya supaya dapat disampaikan kepada yang lain nanti. Saya kenal sangat dengan ustaz ni. Beliau adalah kawan rapat ayah saya dan merupakan bekas pengajar di KISAS. Seronok rasanya apabila kerinduan terhadap halaqoh digantikan dengan ceramah-ceramah agama di sini. Wlaupun 4-5km jauhnya, setakat ini saya istiqamah dengan ceramah di surau Nurul Hidayah yang diadakan hampir setiap hari. Selesai solat magrib berjemaah di masjid Sungai Kandis, saya bingkas bangun untuk ke Surau Nurul Hidayah utk mencari nur hidayah yang semakin malap dalam jiwa saya ni.


Apa yang perlu dipertikaikan ialah, kenapa masjid besar-besar tetapi gagal diimarahkan oleh jawatankuasa masjid? Dibiarkan sepi tanpa acara-acara keagamaan dan ceramah-ceramah. Kemeriahan di surau tersebut melebihi daripada masjid Teluk Menegon walaupun hanya 200meter jaraknya. Gagal utk diimarahkan. Salah siapa? ahli kariah atau jawatankuasa masjid? Satu perkara lagi, saya dapat tahu yang jawatankuasa surau Nurul Hidayah ini terdiri daripada ‘orang-orang hijau’ berbanding dengan jawatankuasa masjid yang terdiri daripada ‘orang-orang merah’. Kita sendiri dapat menilai orang mana yang betul-betul perjuangkan agama melalui platform nya. Hijau atau merah???


Saya terkejut sekali apabila melihat majoriti orang kampung saya turut ‘berhijrah’ ke surau berkenaan utk menghadiri ceramah agama. Jelas menunjukkan bahawa penduduk kampung tandus dengan ilmu agama yang gagal disediakan oleh jawatankuasa masjid. Bulan depan jawatankuasa masjid ditukar dan semasa pencalonan saya tengok ramai ‘orang-orang hijau’ dicalonkan termasuk la pakcik saya. Lebih-lebih lagi apabila kerajaan negeri bertukar tangan ke Pakatan Rakyat. Depa malu sendiri la, orang-orang merah pun tarik diri apabila dicalonkan..haha..xkan la nak teruskan jawatan tu jgk kalau dah jelas depa gagal mentadbir masjid dgn sebaik2nya. Hangpa turun lagi baik. Buat perabih beras ja.

Tepuk dada Tanya lah iman




11:53 PM | Author: Jariah Agro Farm


Mencintai tidak semestinya memiliki? Baru-baru ni saya disogokkan dengan persoalan ini daripada seorang shbt. Emm…mungkin sekarang ni umur kami dah melangkah ke tahap yang ‘kira patut’ utk berkahwin..jadi banyakla persoalan yang bermain di benak mereka-mereka ini tentang ‘cinta’…geli lak mendengo nye!..hehe..saya ni bkn la seorang yang tahu serba serbi tentang bab ni tapi hanya sekadar memberi pendapat dan pendirian yang dipegang. Haha..(mungkin baru2 ni je slpas ‘bangun dari tidur’ yang panjang)..heh,mungkin shbt yang bertanya tu membaca artikel ni sbb beliau merupakan pelayar setia blog sy yg xseberapa ni. Saya tertarik utk berkongsi persoalan ni kerana ianya penuh dengan pendapat dan ‘arguing’.

Shbt saya tu bertanyakan adakah saya bersetuju dengan frasa ‘mencintai tidak semestinya memiliki’. Dan terang-terangan sy menjawab, TIDAK. Kerana apa saya tidak bersetuju adalah kerana saya tahu ianya ternyata terpesong sama sekali. Apabila saya tersedar dan ‘bangun dari tidur’ itu, pendirian saya adalah mencintai semestinya dan dengan kata lain wajib memiliki. Cmne lak wajib memiliki?? Kerana cinta yang sebenarnya dikatakan cinta itu adalah cinta selepas berkahwin dan selepas memiliki, cinta yang sepenuhnya utk suami atau isteri anda. Bagi saya, SALAH sama sekali apabila hadir secalit perasaan cinta seseorang kepada org lain selain suami atau isteri mereka. Itu yang saya cuba utk praktik kan hari ni. Kita semua tahu, kes2 penceraian di Malaysia hari ni amat tinggi sekali sehinggakan ada yang bergelar suami isteri hanya 3hari sahaja! Wahhh….apa ni, adakah institusi perkahwinan yang mulia ini dibina main2 dan hanya suka2 sahaja? Adalah mereka tidak tahu bahawa arasy Allah akan bergegar sekiranya lafaz talak itu diungkapkan dari mulut suami? Kebelakangan ni banyak kes2 penceraian berlaku atas pelbagai sebab. Dan antaranya adalah HADIR PERASAAN CINTA terhadap org lain selain suami atau isteri kita.

Malah ada yang institusi perkahwinan mereka sudah mencapai 20-30tahun sanggup utk bercerai berai kerana hadir org ketiga. Na’uzubillah..ya Allah lindungi aku dari perkara2 itu..bagi yang sudah terlanjur mencintai slain isteri atau suami anda, PADAM kan perasaan itu dan beri sepenuhnya kepada yang berhak menerimanya dengan lafaz akad yang sah. Saya sendiri dalam usaha utk mencari dan mengecap cinta Hakiki berbanding cinta manusia sebelum ada ikatan sah. Saya hanya meluahkan pendapat saya yang mungkin boleh diterima oleh sesetengah org dan mungkin hanya berkata ‘poyo’ la..ckp je lebih..apa pun, lantak korang la..haha..yang penting, andai ada ruang utk ku kembali, ku akan menggunakan ruang itu sepenuhnya utk memperbaiki diri. Junjungan kita bersabda, maka celaka lah bagi org yang hari ini lebih buruk dan lebih teruk dari semalam. Dalam memperbaiki diri, ini yang saya lakukan utk berkongsi dgn para pembaca supaya apa yang saya katakan ini, dpt saya amalkan..insyallah..

Emmm..berbalik kepada shbt sy yang bertanya tu, dia sebetulnya kagum dengan seseorang yang mempunyai peribadi yang baik. Biarla sy gelarkannya si A. Beliau bertanya adakah patut dia mencintainya kerana mengkagumi peribadi si A. Maka saya berkata xperlu mengkagumi utk mencintai, tetapi ianya lebih selamat dan lebih baik sekiranya mengkagumi utk mencontohi. Tak salah kalau kita nak mengkagumi peribadi seseorang yang baik dan soleh sekiranya kita menjadikan dia sebagai contoh. Bukan utk mencintai. Saya ulang sekali lagi, bukan utk mencintai. Kan lebih elok kalau kita mencontohinya sahaja..kan? memangla kita mahu kan pasangan hidup yang soleh atau solehah, sume org nak yg baik je..tp kalau kita sendiri tidak soleh, tidak solehah..layak kah kita?? Sebab tu saya berkata, lebih elok kalau kita mencontohi dan menjadi seperti si dia. Ada perkaitannya dengan konsep menjadi sebelum mencari. Jadilah soleh dahulu utk mendapatkan yg solehah..Allah dah janjikan dalam Surah An-Nur ayat ke 26..itu janji Nya..

Ingat tu, mencintai wajib memiliki iaitu cinta selepas kahwin dan harus mengkagumi utk mencontohi bukan utk mencintai.