Halaqoh kembali
8:23 AM | Author: Jariah Agro Farm

Assalamualaikum wbt

Bismillah..

Semalam saya diwar-warkan yang halaqah g7 akan diadakan kembali pada khamis ni di Bandar Tasik Selatan, tapi malangnya saya tidak dapat hadir kerana pada awalnya saya dijemput ke Indonesia pada Jumaat ini untuk presurvey shipment kambing Jamnapari. Agak kelam kabut sekiranya saya hadir ke usrah tersebut kerana biasanya saya akan overnight di Bandar Tun Razak. Jika terpaksa bermalam di sana, pagi esok nya pasti terkejar-kejar untuk kembali ke Klang dan membuat persiapan ke Indonesia.

Malah, saya juga terpaksa tidak hadir ke meeting projek kelompok Jamnapari Susu di Kluang, Johor kerana tour ke Indonesia ini. Pasti ahli-ahli lain marah kerana saya merupakan commitee konsortium. Namun perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Allah masih sayangkan hambaNya yang sentiasa mendambakan ilmu dan kerinduan terhadap halaqah. Dia sudah tetapkan yang saya perlu hadir ke halaqah tersebut kerana tour ke Indonesia ditangguhkan. Seorang sahabat saya mempunyai urusan yang lebih penting. Hati kecil saya mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana masih lagi berpeluang untuk hadir walaupun ada sedikit kecewa kerana tour ditangguhkan.

Kenapa pula kita perlu kecewa dengan tetapan Allah?? kan Dia yang lebih mengetahui yang mana lebih baik bagi kita? kan itu tanda kasih sayangNya terhadap kita? masih memberi peluang untuk berhalaqah...hati-hati yang sentiasa menginginkan ilmu dan biah solehah dapat berkumpul dan bertaut demi mengingatiNya. Maka ikatkanlah hati-hati ini supaya terus mencintaiMu dan agamaMu. Kekalkan lah hati-hati ini supaya teguh di jalanMu untuk menegakkan syariatMu. Hindarkan lah hati-hati ini dari segala maksiat supaya apa yang dimatlamatkan mencapai sasarannya. Tundukkan lah pandangan hati-hati ini dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa. Jangan cintakan ku pada duniawi.

Apa yang cuba saya lakukan sekarang adalah, walaupun sesibuk mana saya dengan kerja dunia atau perniagaan saya, namun halaqah dan majlis ilmu tidakkan ku tinggalkan..demi menjaga hati ini dari gelap kembali, maka sinarilah ia dengan sinaran ilmu dan peringatan..semoga Allah memberi semangat untukku beristiqamah dengan apa yg ku lakukan ini.

p/s: dua hari lagi nak usrah ni, surah muzammil xhafal lagi weh...
|
This entry was posted on 8:23 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: