SEJARAH DAN KHASIAT AYAT KURSI
8:29 AM | Author: Jariah Agro Farm

Assalamualaikum w.b.t.

Sepanjang cuti sekolah ni, saya la yang akan menggantikan ayah untuk menghantar ibu saya ke tempat kerja setiap pagi kerana kne bawak kereta (adik2 ikut skali, maklumla cuti sekolah)..kalau hari biasa, naik motor je sebab nak elak jalan jem. Dan pagi2 tu la saya rasa terpanggil untuk kembali membaca Al-mathurat yang dah agak lama tinggal selepas grad tahun lalu..saya pun tak semena2 teringat pada ustaz saya yang pernah mengajar di Sekolah Agama Menengah Hishamuddin Sungai Bertih, Klang..yang mana beliau juga membuat perkara yang sama seperti saya..iaitu membaca Al-Mathurat semasa memandu kerana kekangan masa mungkin. Tapi bg saya, apa lak salah masa yang terluang semasa menghantar ibu itu diisi dengan bacaan Al-Mathurat. Mungkin sesuai utk pemandu mahir sahaja, yang kurang mahir tu, jgn cari masalah, cari la masa lain utk membacanya..

Dan apa yang kita tahu, Al-Mathurat susunan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna ini sekiranya dibaca, Allah akan melindungi diri kita dari apa2 bencana sehingga ke petang (sekiranya di baca pagi). Banyak doa2 yang terkandung di dalamnya bagus untuk kita mengamalkannya. Diantaranya, adalah ayat kursi.. petikan ayat dari Surah Al-Baqarah ini mempunyai sejarah dan khasiatnya sendiri. Saya dengan berbesar hati untuk berkongsi sedikit dengan para pembaca sekalian..semoga ilmu ini dimanfaatkan..

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bin Thabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabdabermaksud:"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;" Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahananda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga matisyahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Anas Alnasrie
MEMPERKUKUH EKONOMI UMMAH, MENYUSUR SUNNAH RASULULLAH
|
This entry was posted on 8:29 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: