Demo
12:19 PM | Author: Jariah Agro Farm
Bismillah..

Assalamualaikum wbt..


Jumaat, 4 June 2010 menyaksikan kira-kira 10 ribu kaum muslimin menyuarakan kemarahan mereka terhadap serangan Israel ke atas Mavi marmara kepada wakil Amerika di Malaysia. Di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur kelihatan ramai sekali kaum muslimin sudah membanjiri kawasan ‘syurga makanan’ di Kuala Lumpur itu seawal jam 12 tengahari. Saya juga tidak terlepas dari menyertai program tersebut kerana kemarahan membuak2 terhadap kebiadapan Israel laknatullah. Khutbah jumaat dimulakan dengan tenang, saya, dengan semangat yang berkobar-kobar untuk mendengar khutbah mengenai isu Palestin dari khatib ternyata luntur kerana tajuk khutbah adalah mengenai hari keputraan agong pada esoknya. Tajuk nya adalah ‘Perpaduan rakyat’. Terpaksa lah saya ‘belajar’ pengajian am pada khutbah tersebut. Agong ketua agama islam pada negeri tidak bersultan bla…bla…bla…aihh…terdengar juga suara-suara nakal mempertikai tajuk khutbah tadi.


Selesai solat jumaat, solat sunat hajat ditunaikan khas utk saudara kita di palestin. Ternyata Nasarudin Mad Isa dan Anwar Ibrahim solat satu saff dengan saya. Tiada apa yang mengujakan. Biasa sahaja. Setelah takbir solat hajat sahaja, air mata dari kedua pancaindera saya ini merembeskan cecairnya, tidak tahu mengapa. Terharu dan sedih barangkali. Semoga titisan tersebut menjadi saksi dihadapan Allah kelak. Perarakan bermula selepas doa solat hajat, terdengar laungan takbir dari luar, saya tunaikan dahulu sunat rawatib sebelum menyertai mereka kerana sudah berjanji dengan sahabat dari Unit Amal untuk berjalan bersama. Sesudah itu, saya mencari sahabat saya dan ternyata tugasannya sebagai Unit Amal membuatkan dia sudah di depan kumpulan. Kecewa. Membuatkan sahaja saya mahu kembali ke pejabat membuat urusan lain.


Namun, hasrat itu diteruskan jua tetapi saya tidak berjalan kaki, saya menunggang motosikal ke kedutaan kerana terlalu malas dek cuaca yang terik. Suasana tenang diselang seli kan dengan laungan takbir. Kelihatan helikoter berlegar-legar di ruang udara dan beberapa polis berjalan mengikut kumpulan mengawal keadaan demonstrasi. Juga, saya terserempak dengan suami Dr Lo’ Lo’ Ghazali yang juga merupakan pensyarah UKM yang sedikit tertinggal di belakang kumpulan. Letih agaknya. Setelah hampir sampai di kedutaan, saya memarkir (parking) motosikal di tepi jalan di dalam crowd memandangkan jalan sudah sedia sesak. Ucapan dari wakil-wakil PAS dan PKR (tak lupa juga Lim Kit Siang) menggamit suasana demonstrasi. Hon kenderaan lalu lalang bertali arus menandakan sokongan. Asap hitam sesekali menjulang ke udara kerana bendera Israel dibakar. Jeritan dan laungan sokongan manjadi lali. Berterusan bendera palestin megah dikibarkan. Wisel polis trafik mengawal lalulintas. Juga, berterusan laungan takbir dilaungkan.


Wakil Amerika


Akhirnya, wakil amerika bersetuju untuk menerima momerandum dari aktivis-aktivis keamanan walaupun pada mulanya FRU menghalang. Difahamkan wakil tersebut sendiri akan menghantar momerandum tersebut kepada presiden Amerika Barrack Obama minggu hadapan. Ah..entah disampaikan entah tidak, jika betul disampaikan pun, minggu depan sudah terlalu lama, tak smpt nk disampaikan, kapal kedua Rachel Corrie dah ditawan Israel, mungkin ada kematian juga. Siapa tahu…getus hati kecil saya. Walaupun begitu, tanggungjawab sudah dijalankan. Menandakan kita dari Malaysia juga mengambil berat tentang penderitaan rakyat palestin.


Tanggungjawab

Saya berdiskusi dengan abang saya pada malam selepas berdemotrasi. Antara yang dibincangkan adalah hadis yang dikatakan oleh junjungan Nabi Muhammad SAW mengenai tanggungjawab antara muslim. Atau ambil endah. Atau pepatah melayu mengatakan sebagai jaga tepi kain orang. Hadis tersebut berbunyi:

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat atas saudara seislamnya, maka dia bukan dari kalangan ku”

Saya tidak pasti riwayat dan sanad sebenar, tetapi maksud hadis lebih kurang begitu. Sekiranya nabi kita sendiri tidak mngaku bukan dari kalangan baginda, bagaimana kita mahu memperoleh syafaat dari baginda kelak? Adakah tega kita membiarkan saudara islam kita menderita sedangkan kita di Malaysia berbuat maksiat? Sehingga sanggup mengatakan ah…bia la dorang, negara dorang, pandai2 la pertahankan…kita kat sini aman je…Na’uzubillah.

wassalam

|
This entry was posted on 12:19 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: