8:47 PM | Author: Jariah Agro Farm


Bismillah..

Assalamualaikum wbt..


Dunia dikejutkan dengan ‘rampasan’ kapal sukerelawan misi kemanusiaan ke Gaza oleh tentera komando Israel Isnin lepas, minggu ini berita dan media massa hangat dengan isu-isu Israel-Palestin. Nama Mavi Marmara, Rachel Corrie lancar disebut oleh anak-anak muda, pakcik2 di kedai kopi dan sebagainya. Malaysia nampaknya begitu perihatin dengan perkembangan berita dari kawasan laut merridetanian itu, wisma putra sentiasa memastikan mendapat berita dari Jordan kerana rakyat Malaysia juga terlibat dalam misi kemanusian di Gaza. Sesungguhnya bertuah kepada yang berpeluang untuk ke sana. Apatah lagi yang mati syahid semasa ‘rampasan’ kapal tersebut. Dalam diam, saya merasakan cemburu kepada mereka dan sebulat-bulat azam ditanam untuk meneruskan perjuangan ini meskipun iman sentiasa goyah. Kehangatan isu ini juga terkena tempiasnya kepada rutin dinihari saya dan rakan-rakan. Selesai sahaja solat maghrib, kami terus ke kedai makan untuk dinner dan memastikan tuan punya kedai membuka saluran berita untuk mengetahui perkembangan semasa. Memandangkan kami tiada television di kosan (semenjak balik dari Indonesia, byk jgk istilah dari sana dibawa ke sini, kosan=rumah sewa), dinner kami mengambil masa satu jam lamanya kerana menunggu lagi segmen luar negeri di saluran berita mengenai saudara kita di Palestin.


Sudah tentu isu ini membuka mata dunia tentang kekejaman Israel laknatullah, melayan orang awam tidak bersenjata dengan kekerasan, menembak ‘amaran’ ke dahi dan dada sukarelawan sehingga syahid, tidak diberi makan dan minum, dan merampas segala peralatan termasuk passport antarabangsa mereka. Adakah ini yang diajar dalam kitab Taurat mereka? Sudah tentu tidak..kerana Taurat, Injil (kristian) dan Al-Quran diturunkan oleh Allah utk menjadi panduan supaya hamba-hambaNya menjadi manusia yang baik. Dilihat Turki dan Mesir sudah bertindak untuk membantu walaupun tidak lah sebesar mana. Mesir hanya membuka sempadan di Rafah mungkin dek tekanan dunia yang diterima. Saya tidak nampak presiden mesir ikhlas membantu (mungkin). Dan saya juga tidak pasti berapa lama pint sempadan akan dibuka, mungkin hanya sekejap cuma. Selepas isu mavi marmara sudah semakin lenyap, mungkin pintu sempadan ditutup kembali.




Piala Dunia


Seperti yang kita maklum, yang telah diiklankan dan promosi besar-besaran di media massa mengenai piala dunia yang akan berlangsung, saya meramalkan bahawa isu palestin dan misi kemanusiaan sedikit-sedikit akan hilang dek kepanasan berita piala dunia. Masyarakat juga akan leka dengan pasukan kegemaran mereka samada menang atau kalah. Sedikit-sedikit isu paslestin akan dilupakan. Perkara ini bukannya tidak pernah berlaku sebelum ini. Adakah tuan-tuan ingat, Palestin sebelum ini juga diserang dengan bom berisi serbuk putih forforus yang diharamkan? Adakah tuan-tuan masih ingat serangan itu dilakukan di sebuah sekolah dibawah PBB yang meragut ramai kanak-kanak tidak berdosa? Adakah tuan-tuan masih ingat pernah satu gambar muka depan suratkhabar seluruh dunia (mungkin) menayangkan kepala kanak-kanak perempuan palestin mati tertimbus runtuhan bangunan sekolah? Perkara ini sudah terjadi dan kita hanya abaikan selepas itu, hanya jika ada isu baru, kita pun bangun kembali…


Apa yang terjadi dengan nasib mereka di palestin selepas itu? Ada badan keadilan dunia mempersoalkan pelanggaran undang-undang perang penggunaan forforus putih oleh Israel? Tiada tuan-tuan…maka, saya berharap kejadian mavi marmara mengubah semua itu. Israel patut dihadapkan ke mahkamah perang antarabangsa kerana forforus dan kejadian mavi marmara.


Sumbangan kita


Apa yang kita boleh buat adalah sumbangan berbentuk wang dan doa. Yang paling penting adalah doa kaum muslimin kerana kita tahu doa adalah senjata kaum mukmin. Tanpa sangsi, saya optimis dengan ‘senjata’ kita. Doa seperti qunut nazilah seharusnya di baca selepas solat mahupun semasa solat. Anda boleh rujuk doa tersebut di laman ini.


Semoga Allah kabulkan doa kaum muslimin, bantulah mujahid di Palestin, mudahkan urusan mereka, kembali kan kemenangan islam.

Wasalam.

|
This entry was posted on 8:47 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: